Orang yang membawa al-Qur'an (dalam dada mereka) akan dijaga

TEKS BAHASA ARAB

حامل القرآن موقى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang membawa al-Qur’an (dalam dada mereka) akan dijaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis nombor 7183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه مرفوعا: حامل القرآن موقى.
[الكتاني في ((حديثه))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (1195)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang membawa al-Qur’an (dalam dada mereka) akan dijaga.
[Riwayat al-Kiitaniy dalam Hadith beliau dan al-Mukhlis dalam al-Fawa'id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1195]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs