Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حاملُ القرآنِ مُوقًّى.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang membawa al-Qur'an (dalam dada mereka) akan dijaga.
Sahabat Perawi
- Uthman bin 'Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis no. 7183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عثمان بن عفان رضي الله عنه مرفوعا: حامل القرآن موقى. [الكتاني في ((حديثه))، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (1195)]
(Lemah) Daripada 'Uthman bin 'Affan RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang membawa al-Qur'an (dalam dada mereka) akan dijaga. [Riwayat al-Kiitaniy dalam Hadith beliau dan al-Mukhlis dalam al-Fawa'id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1195]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman