Orang yang membaca al-Qur'an tidak akan nyanyuk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يخرف قارئ القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang membaca al-Qur’an tidak akan nyanyuk (lemah ingatan).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis nombor 7131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه رفعه: لا يخرف قارئ القرآن.
[فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (270)]

(Palsu)
Daripada Anas RA meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang membaca al-Qur’an tidak akan nyanyuk (lemah ingatan).
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 270]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.