Sesiapa yang melihat kepada mereka yang lebih rendah darinya dalam urusan dunia adalah orang yang sabar

TEKS BAHASA ARAB

من نظر في الدنيا إلى من هو دونه، ونظر في الدين إلى من هو فوقه كتبه الله صابرا وشاكرا، ومن نظر في الدنيا إلى من هو فوقه وفي الدين إلى من هو دونه لم يكتبه الله صابرا ولا شاكرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melihat kepada mereka yang lebih rendah darinya dalam urusan dunia dan melihat kepada mereka yang lebih tinggi darinya dalam urusan agama maka Allah akan menulisnya sebagai seorang yang bersabar dan bersyukur. Manakala siapa yang melihat kepada orang yang lebih tinggi darinya dalam urusan dunia dan melihat kepada orang yang lebih rendah darinya dalam urusan agama maka Allah tidak akan menulisnya sebagai seorang yang bersabar dan tidak juga seorang yang bersyukur.

STATUS

Tidak ditemui asalnya dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 21, hadis nombor 53. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا اللفظ) ((من نظر في الدنيا إلى من هو دونه، ونظر في الدين إلى من هو فوقه كتبه الله صابرا وشاكرا، ومن نظر في الدنيا إلى من هو فوقه وفي الدين إلى من هو دونه لم يكتبه الله صابرا ولا شاكرا)). وهو مروي عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-:((خصلتان من كانتا فيه كتبه الله شاكرا صابرا، ومن لم تكن فيه لم يكتبه الله شاكرا ولا صابرا: من نظر في دينه إلى من هو فوقه فاقتدى به، ومن نظر في دنياه إلى من هو دونه فحمد الله على ما فضله به عليه كتبه الله شاكرا صابرا، ومن نظر في دينه إلى من هو دونه، ونظر في دنياه إلى من هو فوقه فأسف على ما فاته منه لم يكتبه الله شاكرا ولا صابرا )).
[ت، ((الضعيفة)) (633)]

(Tidak ditemui asalnya dengan lafaz ini) Sesiapa yang melihat kepada mereka yang lebih rendah darinya dalam urusan dunia dan melihat kepada mereka yang lebih tinggi darinya dalam urusan agama maka Allah akan menulisnya sebagai seorang yang bersabar dan bersyukur. Manakala siapa yang melihat kepada orang yang lebih tinggi darinya dalam urusan dunia dan melihat kepada orang yang lebih rendah darinya dalam urusan agama maka Allah tidak akan menulisnya sebagai seorang yang bersabar dan tidak juga seorang yang bersyukur. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua ciri yang mana jika ada pada seseorang maka Allah akan menulisnya sebagai seorang yang bersyukur dan sabar serta siapa yang tidak ada padanya ciri itu dia tidak akan ditulis sebagai seorang yang bersyukur dan juga sabar; Sesiapa yang melihat kepada orang yang lebih tinggi darinya dalam urusan agama lalu dia mengikutinya, dan sesiapa yang melihat kepada orang yang lebih rendah darinya dalam urusan dunia lalu dia memuji Allah atas kelebihan yang ada pada dirinya maka Allah akan menulisnya sebagai seorang yang bersyukur dan juga bersabar. Dan sesiapa yang melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam urusan agama dan melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam urusan dunia lalu dia berasa sedih atas apa yang dia terlepas maka dia tidak akan ditulis sebagai seorang yang bersyukur dan juga sabar.
[Riwayat Sunan al-Tirmiẓī. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 633]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs