Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ناكحُ اليدِ ملعونٌ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang melakukan onani (melancap) akan dilaknat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis no. 4116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ناكح اليد ملعون)). [أبو الشيخ في ((مجلس من حديثه))، ابن بشران، ((الضعيفة)) (4851)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang melakukan onani (melancap) akan dilaknat. [Riwayat Abū al-Syaikh dalam Majlis min Hadīthih, Ibn Busyrān dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4851]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman