Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang melakukan monopoli serta orang yang membunuh akan dikumpulkan di neraka Jahannam pada tingkatan yang sama.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 629, hadis no. 3271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5336)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang melakukan monopoli serta orang yang membunuh akan dikumpulkan di neraka Jahannam pada tingkatan yang sama.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5336].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman