Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang melakukan monopoli dan membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka

Teks Bahasa Arab

حديث: يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Orang yang melakukan monopoli (iaitu menyimpan barang makanan asasi, menunggu harga naik lalu menjual dengan harga berlipat kali ganda) dan yang membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka Jahanam pada darjat yang sama.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 144, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا. وفي إسناده: بقية بن الوليد يدلس على الضعفاء والمتروكين وليس هذا مما يجب عده في الموضوعات.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi Baqiyyah bin Walid yang melakukan penipuan dengan mencantikkan sanad perawi-perawi yang daif dan terlalu daif. Dan tidaklah (disebabkan) ini boleh dikira hadith ini termasuk dalam al-Maudhu’at (hadis-hadis palsu).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.