Orang yang melakukan maksiat dan mengharapkan rahmat daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

الفاجر الراجي رحمة الله، أقرب إليها من العابد المجتهد الآيس منها الذي لا يرجو أن ينالها، فهو مطيع لله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang melakukan maksiat dan mengharapkan rahmat daripada Allah, itulah yang lebih dekat dengannya (rahmat) berbanding orang yang sentiasa melakukan ibadah kepada Allah tetapi tidak berharap untuk mencapai rahmat Allah kerana baginya dia sudah taat kepada Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2021, hadis nombor 10158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن إبن مسعود -رضي الله عنه – رفعه: الفاجر الراجي رحمة الله، أقرب إليها من العابد المجتهد الآيس منها الذي لا يرجو أن ينالها، فهو مطيع لله.
[فر، ((الضعيفة)) (4025)]

(Palsu)
Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Orang yang melakukan maksiat dan mengharapkan rahmat daripada Allah, itulah yang lebih dekat dengannya (rahmat) berbanding orang yang sentiasa melakukan ibadah kepada Allah tetapi tidak berharap untuk mencapai rahmat Allah kerana baginya dia sudah taat kepada Allah.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4025]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs