Orang yang melakukan Haji itu adalah dalam jaminan Allah ketika dalam perjalanan pergi dan balik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحاج في ضمان الله مقبلا ومدبرا؛ فإن أصابه في سفره تعب أو نصب غفر الله له بذلك سيئاته، وكان له بكل قدم يرفعه ألف درجة، وبكل قطرة تصيبه من مطر أجر شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang melakukan Haji itu adalah dalam jaminan Allah ketika dalam perjalanan pergi dan balik. Jika dia ditimpa sesuatu dalam perjalanannya seperti keletihan dan kesusahan, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya disebabkan kesusahan dialami olehnya, bagi setiap langkahnya akan diangkat 1000 kali darjat, dan dia akan mendapat pahala syahid sebanyak titisan hujan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis nombor 3786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحاج في ضمان الله مقبلا ومدبرا؛ فإن أصابه في سفره تعب أو نصب غفر الله له بذلك سيئاته، وكان له بكل قدم يرفعه ألف درجة، وبكل قطرة تصيبه من مطر أجر شهيد)). [فر، ((الضعيفة)) (3500)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang melakukan Haji itu adalah dalam jaminan Allah ketika dalam perjalanan pergi dan balik. Jika dia ditimpa sesuatu dalam perjalanannya seperti keletihan dan kesusahan, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya disebabkan kesusahan dialami olehnya, bagi setiap langkahnya akan diangkat 1000 kali darjat, dan dia akan mendapat pahala syahid sebanyak titisan hujan.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3500]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.