Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحاجُّ في ضمانِ اللهِ مُقبلًا ومُدبرًا؛ فإن أصابهُ في سفرهِ تعبٌ أو نصبٌ غفر اللهُ لهُ بذلكَ سيئاتِهِ، وكان لهُ بكلِّ قدمٍ يرفعُهُ ألفَ درجةً، وبكلِّ قطرةٍ تصيبهُ من مطرٍ أجرُ شهيدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang melakukan Haji itu adalah dalam jaminan Allah ketika dalam perjalanan pergi dan balik. Jika dia ditimpa sesuatu dalam perjalanannya seperti keletihan dan kesusahan, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya disebabkan kesusahan dialami olehnya, bagi setiap langkahnya akan diangkat 1000 kali darjat, dan dia akan mendapat pahala syahid sebanyak titisan hujan.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis no. 3786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحاج في ضمان الله مقبلا ومدبرا؛ فإن أصابه في سفره تعب أو نصب غفر الله له بذلك سيئاته، وكان له بكل قدم يرفعه ألف درجة، وبكل قطرة تصيبه من مطر أجر شهيد)). [فر، ((الضعيفة)) (3500)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang melakukan Haji itu adalah dalam jaminan Allah ketika dalam perjalanan pergi dan balik. Jika dia ditimpa sesuatu dalam perjalanannya seperti keletihan dan kesusahan, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya disebabkan kesusahan dialami olehnya, bagi setiap langkahnya akan diangkat 1000 kali darjat, dan dia akan mendapat pahala syahid sebanyak titisan hujan. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3500]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman