Orang yang mati syahid itu, dosanya diampunkan pada semburan darah yang pertama

TEKS BAHASA ARAB

الشهيد يغفر له في أول دفقة من دمه ويزوج حوراوين، ويشفع في سبعين من أهل بيته. والمرابط إذا مات في رباطه؛ كتب له أجر عمله إلى يوم القيامة وغدي عليه وريح برزقه ويزوج سبعين حوراء وقيل له: قف فاشفع إلى يفرغ من الحساب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mati syahid itu, dosanya diampunkan pada semburan darah yang pertama. Dia akan dikahwinkan dengan dua bidadari dan diberikan peluang untuk memberikan syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. Jika orang yang menjaga sempadan meninggal dunia, amalannya akan berterusan ditulis sehingga hari kiamat. Dia pergi mendapat pahala dan pulang dengan rezekinya. Dia akan dikahwinkan dengan 70 bidadari. Dikatakan kepadanya : Berhenti dan berikan syafaat sehingga selesai proses perhitungan (hisab).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis nombor 5207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: الشهيد يغفر له في أول دفقة من دمه ويزوج حوراوين ويشفع في سبعين من أهل بيته. والمرابط إذا مات في رباطه كتب له أجر عمله إلى يوم القيامة وغدي عليه وريح برزقه ويزوج سبعين حوراء وقيل له: قف فاشفع إلى يفرغ من الحساب. [طس, الضعيفة (5303)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mati syahid itu, dosanya diampunkan pada semburan darah yang pertama. Dia akan dikahwinkan dengan dua bidadari dan diberikan peluang untuk memberikan syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. Jika orang yang menjaga sempadan meninggal dunia, amalannya akan berterusan ditulis sehingga hari kiamat. Dia pergi mendapat pahala dan pulang dengan rezekinya. Dia akan dikahwinkan dengan 70 bidadari. Dikatakan kepadanya : Berhenti dan berikan syafaat sehingga selesai proses perhitungan (hisab). [Al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat; al-Dhai’fah, no. 5303].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs