Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشهيدُ يُغْفَرُ له في أولِ دَفْقَةٍ من دَمِهِ، ويُزَوَّجُ حَوْرَاوَيْنِ ويُشَفَّعُ في سبعينَ من أهلِ بيتِهِ. والمرابطُ إذا مات في رباطِهِ كُتِبَ له أجرُ عملِهِ إلى يومِ القيامةِ وغُدِيَ عليه ورِيحَ برزقِهِ ويُزَوَّجُ سَبعينَ حَوْرَاءَ وقيل له : قِفْ فاشفعْ إلى أن يَفْرُغَ من الحسابِ
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mati syahid itu, dosanya diampunkan pada semburan darah yang pertama. Dia akan dikahwinkan dengan dua bidadari dan diberikan peluang untuk memberikan syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. Jika orang yang menjaga sempadan meninggal dunia, amalannya akan berterusan ditulis sehingga hari kiamat. Dia pergi mendapat pahala dan pulang dengan rezekinya. Dia akan dikahwinkan dengan 70 bidadari. Dikatakan kepadanya : Berhenti dan berikan syafaat sehingga selesai proses perhitungan (hisab).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis no. 5207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: الشهيد يغفر له في أول دفقة من دمه ويزوج حوراوين ويشفع في سبعين من أهل بيته. والمرابط إذا مات في رباطه كتب له أجر عمله إلى يوم القيامة وغدي عليه وريح برزقه ويزوج سبعين حوراء وقيل له: قف فاشفع إلى يفرغ من الحساب. [طس, الضعيفة (5303)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mati syahid itu, dosanya diampunkan pada semburan darah yang pertama. Dia akan dikahwinkan dengan dua bidadari dan diberikan peluang untuk memberikan syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. Jika orang yang menjaga sempadan meninggal dunia, amalannya akan berterusan ditulis sehingga hari kiamat. Dia pergi mendapat pahala dan pulang dengan rezekinya. Dia akan dikahwinkan dengan 70 bidadari. Dikatakan kepadanya : Berhenti dan berikan syafaat sehingga selesai proses perhitungan (hisab). [Al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat; al-Dhai’fah, no. 5303].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman