Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شهيدُ البَرِّ يُغْفَرُ له كلُّ ذنبٍ إلا الدَّيْنَ والأمانةَ، وشهيدُ البحرِ يُغْفَرُ له كلُّ ذنبٍ والدَّيْنُ والأمانةُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang mati syahid di darat diampunkan semua dosanya kecuali (perkara yang melibatkan) hutang dan amanah. Manakala untuk orang yang mati syahid di lautan pula diampunkan semua dosanya termasuk (perkara yang melibatkan) hutang dan amanah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 978, hadis no. 5040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عن بعض عمال النبي - صلى الله عليه وسلم - مرفوعا: ((شهيد البر يغفر له كل ذنب إلا الدين والأمانة، وشهيد البحر يغفر له كل ذنب والدين والأمانة)). [حل، ابن النجار، ((الضعيفة)) (816)]
(Lemah) Daripada beberapa orang pekerja Nabi SAW secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mati syahid di darat diampunkan semua dosanya kecuali (perkara yang melibatkan) hutang dan amanah. Manakala untuk orang yang mati syahid di lautan pula diampunkan semua dosanya termasuk (perkara yang melibatkan) hutang dan amanah. [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah dan Ibnu Najjar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 816]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman