Orang yang mati syahid ada tiga golongan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الشهداء ثلاثة: رجل خرج بنفسه وماله محتسبا في سبيل الله لا يريد أن يقاتل ولا يقتل يكثر سواد المسلمين فإن مات أو قتل غفرت له ذنوبه كلها وأجير من عذاب القبر ويؤمن من الفزع، ويزوج من الحور العين وحلت عليه حلة الكرامة ويوضع على رأسه تاج الوقار والخلد. والثاني: خرج بنفسه وماله محتسبا يريد أن يقتل ولا يقتل، فإن مات أو قتل كانت ركبته مع إبراهيم خليل الرحمن بيد يدي الله تبارك وتعالى في مقعد صدق عند مليك مقتدر. والثالث: خرج بنفسه وماله محتسبا يريد أن يقتل ويقتل، فإن مات أو قتل جاء يوم القيامة شاهرا سيفه واضعه على عاتقه، والناس جاثون على الركب يقولون: ألا افسحوا لنا فإنا قد بذلنا دماءنا لله تبارك وتعالى. قال رسول الله ﷺ: والذي نفسي بيده! لو قال ذلك لإبراهيم خليل الرحمن أو لنبي من الأنبياء لزحل لهم عن الطريق لما يرى من واجب حقهم حتى يؤتوا منابر من نور تحت العرش فيجلسون عليها ينظرون كيف يقضى بين الناس لا يجدون غم الموت ولا يقيمون في البرزخ ولا تفزعهم الصيحة ولا يهمهم الحساب ولا الميزان ولا الصراط ينظرون كيف قضى بين الناس ولا يسألون شيئا إلا أعطوه ولا يشفعون في شيء إلا شفعوا فيه ويعطون من الجنة ما أحبوا ويتبوؤن من الجنة حيث أحبوا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mati syahid ada tiga golongan: Seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya semata berjuang dijalan Allah, tidak mahu berperang atau membunuh, dia meramaikan kaum muslimin. Sekiranya mati atau terbunuh diampunkan baginya dosanya kesemuanya, terselamat daripada azab kubur, diamankan daripada ketakutan, dikahwinkan dengan bidadari, dipakaikan dengan pakaian yang mulia dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kemegahan dan kekal. Kedua: Seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya sambil berharap untuk membunuh tetapi tidak dibunuh, maka sekiranya dia mati kedudukannya bersama Ibrahim Khalil al-Rahman di hadapan Allah SWT di tempat duduk yang benar disisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendaknya. Ketiga: Seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya sambil berharap untuk membunuh dan dibunuh, sekiranya dia mati atau dibunuh, dia akan datang pada hari kiamat dengan pedang yang dia hunuskan yang diletakkan di bahunya, dan manusia sedang berlutut diatas lutut mereka lalu berkata: Berikan ruang untuk kami. Sesungguhnya kami telah membelanjakan darah-darah kami kepada Allah SWT. Baginda SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sekiranya diucapkan perkara itu kepada Ibrahim Khalil al-Rahman ataupun kepada seorang nabi, pasti jalan dia akan memberikan jalan untuk mereka, tatkala dia melihat sesuatu yang wajib ke atas mereka dari hak mereka sehinggalah mereka diberikan mimbar daripada cahaya di bawah arasy, kemudian mereka duduk di atasnya melihat bagaimana manusia diadili, mereka tidak merasai kesedihan kematian tidak pula kedahsyatan alam kubur, tidak pula mereka gentar dengan pekikan sangkakala, tidak pula hari perhitungan mereka itu merisaukan mereka, tidak pula timbangan, tidak pula titian sirat. Mereka melihat bagaimana manusia diadili, mereka tidak meminta sesuatupun melainkan akan diberikan, dan mereka tidak memberi syafaat melainkan diberikan syafaat itu, mereka diberikan nikmat daripada syurga apa yang mereka suka, dan mereka mendiami syurga di mana sahaja mereka mahu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis nombor 5206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: الشهداء ثلاثة: رجل خرج بنفسه وماله محتسبا في سبيل الله لا يريد أن يقاتل ولا يقتل يكثر سواد المسلمين فإن مات أو قتل غفرت له ذنوبه كلها وأجير من عذاب القبر ويؤمن من الفزع، ويزوج من الحور العين وحلت عليه حلة الكرامة ويوضع على رأسه تاج الوقار والخلد. والثاني: خرج بنفسه وماله محتسبا يريد أن يقتل ولا يقتل، فإن مات أو قتل كانت ركبته مع إبراهيم خليل الرحمن بيد يدي الله تبارك وتعالى في مقعد صدق عند مليك مقتدر. والثالث: خرج بنفسه وماله محتسبا يريد أن يقتل ويقتل، فإن مات أو قتل جاء يوم القيامة شاهرا سيفه واضعه على عاتقه والناس جاثون على الركب يقولون: ألا افسحوا لنا فإنا قد بذلنا دماءنا لله تبارك وتعالى. قال رسول الله ﷺ: والذي نفسي بيده! لو قال ذلك لإبراهيم خليل الرحمن أو لنبي من الأنبياء لزحل لهم عن الطريق لما يرى من واجب حقهم حتى يؤتوا منابر من نور تحت العرش فيجلسون عليها ينظرون كيف يقضى بين الناس لا يجدون غم الموت ولا يقيمون في البرزخ ولا تفزعهم الصيحة ولا يهمهم الحساب ولا الميزان ولا الصراط ينظرون كيف قضى بين الناس ولا يسألون شيئا إلا أعطوه ولا يشفعون في شيء إلا شفعوا فيه ويعطون من الجنة ما أحبوا ويتبوؤن من الجنة حيث أحبوا. [البزار, الضعيفة (5115)]

(Palsu) Hadis ini diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’: Orang yang mati syahid ada tiga golongan: Seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya semata berjuang dijalan Allah, tidak mahu berperang atau membunuh, dia meramaikan kaum muslimin. Sekiranya mati atau terbunuh diampunkan baginya dosanya kesemuanya, terselamat daripada azab kubur, diamankan daripada ketakutan, dikahwinkan dengan bidadari, dipakaikan dengan pakaian yang mulia dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kemegahan dan kekal. Kedua: Seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya sambil berharap untuk membunuh tetapi tidak dibunuh, maka sekiranya dia mati kedudukannya bersama Ibrahim Khalil al-Rahman di hadapan Allah SWT di tempat duduk yang benar disisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendaknya. Ketiga: Seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya sambil berharap untuk membunuh dan dibunuh, sekiranya dia mati atau dibunuh, dia akan datang pada hari kiamat dengan pedang yang dia hunuskan yang diletakkan di bahunya, dan manusia sedang berlutut diatas lutut mereka lalu berkata: Berikan ruang untuk kami. Sesungguhnya kami telah membelanjakan darah-darah kami kepada Allah SWT. Baginda SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sekiranya diucapkan perkara itu kepada Ibrahim Khalil al-Rahman ataupun kepada seorang nabi, pasti jalan dia akan memberikan jalan untuk mereka, tatkala dia melihat sesuatu yang wajib ke atas mereka dari hak mereka sehinggalah mereka diberikan mimbar daripada cahaya di bawah arasy, kemudian mereka duduk di atasnya melihat bagaimana manusia diadili, mereka tidak merasai kesedihan kematian tidak pula kedahsyatan alam kubur, tidak pula mereka gentar dengan pekikan sangkakala, tidak pula hari perhitungan mereka itu merisaukan mereka, tidak pula timbangan, tidak pula titian sirat. Mereka melihat bagaimana manusia diadili, mereka tidak meminta sesuatupun melainkan akan diberikan, dan mereka tidak memberi syafaat melainkan diberikan syafaat itu, mereka diberikan nikmat daripada syurga apa yang mereka suka, dan mereka mendiami syurga di mana sahaja mereka mahu. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 5115]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.