Orang yang mati lemas adalah syahid, orang yang mati terbakar adalah syahid, orang yang mati dalam pengembaraan adalah syahid

TEKS BAHASA ARAB

الغريق شهيد، والحريق شهيد، والغريب شهيد، والملدوغ شهيد، والمبطون شهيد، ومن يقع عليه البيت فهو شهيد، ومن يقع من فوق البيت فيندق رجله أو عنقه فيموت فهو شهيد، ومن يقع عليه الصخرة فهو شهيد، والغيرى على زوجها كالمجاهد في سبيل الله ولها أجر شهيد، ومن قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون نفسه فهو شهيد، والآمر بالمعروف والناهي عن المنكر فهو شهيد

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mati lemas adalah syahid, orang yang mati terbakar adalah syahid, orang yang mati dalam pengembaraan adalah syahid, mati disengat adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, orang yang mati kerana robohnya bangunan adalah syahid, barang siapa yang terjatuh dari atas rumah lalu patah kaki atau lehernya kemudian mati maka dia adalah syahid, barang siapa yang dihempap batu adalah syahid, isteri yang cemburu kepada suaminya seperti orang yang berjihad di jalan Allah dan baginya ganjaran syahid, barang siapa yang dibunuh di bawah hartanya (kerana mempertahankan) hartanya maka dia adalah syahid, barang siapa yang dibunuh di bawah dirinya (kerana mempertahankan) disebabkan dirinya maka dia adalah syahid serta penyeru kepada kebaikan dan pencegah kepada kemungkaran maka dia adalah syahid.

STATUS

Sangat lemah dengan sanad. Namun beberapa lafaz dalam hadis ini diriwayatkan secara sahih dalam riwayat lain.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1740, hadis nombor 8761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الغريق شهيد، والحريق شهيد، والغريب شهيد، والملدوغ شهيد، والمبطون شهيد، ومن يقع عليه البيت فهو شهيد، ومن يقع من فوق البيت فيندق رجله أو عنقه فيموت فهو شهيد، ومن يقع عليه الصخرة فهو شهيد، والغيرى على زوجها كالمجاهد في سبيل الله ولها أجر شهيد، ومن قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون نفسه فهو شهيد، والآمر بالمعروف والناهي عن المنكر فهو شهيد.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3967)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Orang yang mati lemas adalah syahid, orang yang mati terbakar adalah syahid, orang yang mati dalam pengembaraan adalah syahid, mati disengat adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, orang yang mati kerana robohnya bangunan adalah syahid, barang siapa yang terjatuh dari atas rumah lalu patah kaki atau lehernya kemudian mati maka dia adalah syahid, barang siapa yang dihempap batu adalah syahid, isteri yang cemburu kepada suaminya seperti orang yang berjihad di jalan Allah dan baginya ganjaran syahid, barang siapa yang dibunuh di bawah hartanya (kerana mempertahankan) hartanya maka dia adalah syahid, barang siapa yang dibunuh di bawah dirinya (kerana mempertahankan) disebabkan dirinya maka dia adalah syahid serta penyeru kepada kebaikan dan pencegah kepada kemungkaran maka dia adalah syahid.))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3967].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs