TEKS BAHASA ARAB
إن العبد يلبث مؤمنا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه ساخط، وإن العبد يلبث كافرا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه راض. ومن مات همازا لمازا ملقبا للناس؛ كان علامته يوم القيامة أن يسمه الله على الخرطوم من كلا الشفتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada seorang mukmin, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT murka padanya. Dan sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada orang kafir, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mengaibkan, suka memburukkan, dan suka memberi gelaran buruk kepada manusia, maka pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan tanda hidungnya panjang (seakan-akan belalai gajah) yang jatuh di antara kedua bibirnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis nombor 562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: إن العبد يلبث مؤمنا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه ساخط، وإن العبد يلبث كافرا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه راض. ومن مات همازا لمازا ملقبا للناس؛ كان علامته يوم القيامة أن يسمه الله على الخرطوم من كلا الشفتين.
[الفسوي، طس، ((الضعيفة)) (5517)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada seorang mukmin, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT murka padanya. Dan sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada orang kafir, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mengaibkan, suka memburukkan, dan suka memberi gelaran buruk kepada manusia, maka pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan tanda hidungnya panjang (seakan-akan belalai gajah) yang jatuh di antara kedua bibirnya.
[Riwayat oleh Ya‘qūb al-Fisawi dalam al-Ma‘rifah, al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5517]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.