Daif

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang mati dalam keadaan suka mengaibkan dan memburukkan orang lain

Teks Bahasa Arab

إنَّ العَبْدَ يَلْبَثُ مُؤْمِنًا أَحْقَاباً، ثمّ أحْقَاباً ثمّ يموتُ والله عنه سَاخِطٌ، وإنَّ العبدَ يلبثُ كَافِرًا أحقاباً، ثمّ أحقاباً ثمّ يموتُ والله عنه راضٍ. ومَنْ ماتَ همّازاً لَمّازاً ملقباً للناسِ؛ كان عَلامَتُهُ يومَ القيامةِ أَنْ يَسِمَه اللهُ على الخُرْطُومِ مِنْ كلا الشّفتين.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada seorang mukmin, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT murka padanya. Dan sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada orang kafir, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mengaibkan, suka memburukkan, dan suka memberi gelaran buruk kepada manusia, maka pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan tanda hidungnya panjang (seakan-akan belalai gajah) yang jatuh di antara kedua bibirnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis no. 562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إن العبد يلبث مؤمنا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه ساخط، وإن العبد يلبث كافرا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه راض. ومن مات همازا لمازا ملقبا للناس؛ كان علامته يوم القيامة أن يسمه الله على الخرطوم من كلا الشفتين. [الفسوي، طس، ((الضعيفة)) (5517)]

(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada seorang mukmin, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT murka padanya. Dan sesungguhnya seorang hamba yang sentiasa memakaikan tali pengikat unta kepada orang kafir, kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan Allah SWT reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mengaibkan, suka memburukkan, dan suka memberi gelaran buruk kepada manusia, maka pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan tanda hidungnya panjang (seakan-akan belalai gajah) yang jatuh di antara kedua bibirnya. [Riwayat oleh Ya‘qūb al-Fisawi dalam al-Ma‘rifah, al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5517]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.