TEKS BAHASA ARAB
الأقلف لا يحج بيت الله حتى يختتن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang masih memiliki kulup menunaikan haji di Baitullah? Baginda bersabda: Tidak boleh, hinggalah dia berkhitan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1217, hadis nombor 6197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي برزة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم في الأقلف يحج بيت الله؟ قال: لا؛ حتى يختتن.
[الروياني، هق، ((الضعيفة)) (5526)]
(Lemah)
Daripada Abi Barzah RA daripada Nabi SAW berkenaan orang yang masih memiliki kulup menunaikan haji di Baitullah? Baginda bersabda: Tidak boleh, hinggalah dia berkhitan.
[Riwayat al-Ruwiyani, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5526]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.