Kata-kata Mujahid
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يتَعَلَّم الْعلم مستحي وَلَا متكبر
Teks Bahasa Melayu
Orang yang malu dan takabbur tidak akan pernah mempelajari ilmu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Kata-kata Mujahid
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي الْمَقَاصِد «لَا يتَعَلَّم الْعلم مستحي وَلَا متكبر» فِي صَحِيح البُخَارِيّ من قَول مُجَاهِد.
Dalam kitab al-Maqasid menyebut: “Orang yang malu dan takabbur tidak akan pernah mempelajari ilmu.” Dalam Sahih al-Bukhari menyebut bahawa ia adalah daripada kata-kata Mujahid.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman