Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحليمُ رشيدٌ في الدُّنيا، رشيدٌ في الآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang lemah lembut adalah orang yang terpimpin di dunia dan juga di akhirat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 62, hadis no. 275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحليم رشيد في الدنيا، رشيد في الآخرة)). [خط، فر، ((الضعيفة)) (3527)].
(Daif) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Orang yang lemah lembut adalah orang yang terpimpin di dunia dan juga di akhirat.)) [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād, dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3527].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman