Orang yang layak menjadi imam adalah orang yang elok paras rupanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَحْسَنُهُمْ وَجْهًا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang yang menjadi imam bagi satu kaum adalah yang paling tampan paras rupanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 31, hadis nombor 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن عائشة مرفوعا وهو موضوع. وفي إسناده: الحضرمي مجهول. ومحمد بن مروان السدي: كذاب

Al-Jauzaqani meriwayatkannya daripada A’isyah secara marfu (yang diangkat) dan hadith ini adalah palsu. Di dalam sanadnya seorang perawi bernama al-Hadrami perawi yang tidak dikenali dan Muhammad bin Marwan al-Suddi: Pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs