Orang yang kikir (kedekut) kepada ahli keluarganya

TEKS BAHASA ARAB

ليس منا من وسع الله عليه، ثم قتر على عياله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan daripada golongan kami orang yang diluaskan Allah akan rezekinya kemudian dia kikir (kedekut) kepada ahli keluarganya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 943, hadis nombor 4858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة – رضي الله عنها- مرفوعا: ((ليس منا من وسع الله عليه، ثم قتر على عياله)).
[القضاعي، ((الضعيفة)) (4394)].

(Lemah)
Daripada Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukan daripada golongan kami orang yang diluaskan Allah akan rezekinya kemudian dia kikir (kedekut) kepada ahli keluarganya.
[Riwayat al-Qadhai'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4394].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs