Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang kembali kepada bekalan (makanan) ibarat orang yang kembali kepada rahmat Allah

Teks Bahasa Arab

الْعَائِدُ إِلَى الزَّادِ كَالْعَائِدِ إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang kembali kepada bekalan (makanan) ibarat orang yang kembali kepada rahmat Allah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis no. 227. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث، وإن تداوله الناس كثيرا، والعود إلى الزاد بعد الشبع مكروه، أو حرام.

Ia bukan hadith sekalipun berlegar-legar disebutkan oleh orang ramai. Kembali kepada bekalan sesudah kenyang adalah makruh atau haram.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.