Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَمْ من عَاقِلٍ عقل عن الله تعالى أمرهُ وهُوَ حقيرٌ عند الناس، ذميمُ المنظَرِ ينجُو غداً، وكَمْ من ظريفِ اللسان جميلِ المنظر عند الناسِ يَهْلِكُ غداً يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Betapa ramai orang yang berakal memikirkan tentang Allah SWT dalam urusannya dan dia kelihatan hina di sisi manusia, hina rupanya, namun akan terselamat dikemudian hari (di akhirat kelak), betapa ramai juga yang mempunyai kelembutan lidah (pandai bekata-kata) serta memiliki rupa paras yang indah di sisi manusia, namun akan binasa pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1627, hadis no. 8225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما-، أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((كم من عاقل عقل عن الله تعالى أمره وهو حقير عند الناس، ذميم المنظر ينجو غداً، وكم من ظريف اللسان جميل المنظر عند الناس يهلك غداً يوم القيامة)). [حل، ((الضعيفة)) (4118)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda: ((Betapa ramai orang yang berakal memikirkan tentang Allah SWT dalam urusannya dan dia kelihatan hina di sisi manusia, hina rupanya, namun akan terselamat dikemudian hari (di akhirat kelak), betapa ramai juga yang mempunyai kelembutan lidah (pandai bekata-kata) serta memiliki rupa paras yang indah di sisi manusia, namun akan binasa pada hari kiamat kelak.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4118].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman