Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

الشحيح لا يدخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 74, hadis nombor 353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن نافع قال: سمع ابن عمر – رضي الله عنهما – رجلاً يقول: الشحيح أعذر من الظالم، فقال له ابن عمر- رضي الله عنهما-: كذبت، سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((الشحيح لا يدخل الجنة)). [طس، ((الضعيفة)) (4402)].

(Lemah)
Daripada Nafi’ beliau berkata: Ibn Umar RA telah mendengar seorang lelaki berkata: Orang yang kedekut lebih mendapat keuzuran (kesusahan) berbanding orang yang zalim. Lalu Ibn Umar RA berkata kepadanya: Kau berdusta. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4402].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs