Orang yang jahat tetapi dermawan lebih dicintai Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن السخي قريب من الناس قريب من الله قريب من الجنة بعيد من النار وإن البخيل بعيد من الله بعيد من الناس بعيد من الجنة قريب من النار والفاجر السخي أحب إلى الله من عابد بخيل.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya seorang dermawan itu dekat dengan manusia, dekat dengan Allah SWT, dekat dengan syurga, jauh dari neraka. Adapun seorang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga, dekat dengan neraka. Orang yang jahat tetapi dermawan lebih dicintai Allah SWT dari ahli ibadah yang bakhil.


STATUS

Tiada asalnya


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 77-78, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وقال: ليس لهذا الحديث أصل.
قال في اللآلىء: قد أخرجه الترمذي وابن حبان في روضة العقلاء والبيهقي في شعب الإيمان والخطيب في كتاب البخلاء.
وقال ابن حبان [غريب وقال البيهقي] تفرد به سعيد بن محمد الوراق وهو ضعيف. انتهى.
وقال ابن معين: ليس بشيء.
وقد روى هذا الحديث من طرق لا تقوم بها الحجة عن أنس وابن عباس وعائشة وجابر: بألفاظ مختلفة فيها: السخي الجهول أحب إلى الله من العابد البخيل وفيها: شاب سفيه سخي أحب إلى الله من شيخ بخيل عابد.

Al-Uqaili meriwayatkan dari Abu Hurairah secara marfu (disandarkan kepada Nabi), beliau berkata: Hadith ini tidak ada asalnya.

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: al-Tirmizi dan Ibn Hibban meriwayatkan di dalam Raudatil al-Uqala, al-Baihaqi meriwayatkan di dalam Syuab Iman, al-Khatib turut meriwayatkan dalam kitab al-Bukhala’.

Ibn Hibban berkata hadith ini gharib, al-Baihaqi berkata bersendirian Said bin Muhammad bin al-Warraq meriwayatkannya sedangkan dia seorang perawi dhaif.

Ibn Ma’in berkata: Muhammad adalah perawi lemah.

Telah diriwayatkan hadith ini dari jalan yang tidak boleh dijadikan hujah daripada Anas, Ibn Abbas, Aisyah dan Jabir dengan lafaz yang berbeza di dalamnya menyebutkan: Dermawan yang jahil lebih disukai Allah SWT daripada Ahli ibadah yang bakhil, di dalamnya mneyebutkan: Pemuda yang bodoh tetapi dermawan lebih dicintai Allah SWT dari seorang sheikh yang ahli ibadah tetapi bakhil.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon