Orang yang hidup lebih utama berbanding orang yang mati

TEKS BAHASA ARAB

الحي أفضل من الميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang hidup lebih utama berbanding orang yang mati.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 34, hadis nombor 123. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث ولا يصح معناه على الإطلاق بل إن أريد به أن الحي إذا ساوى الميت في فضل كالإسلام والعلم كان الحي أفضل منه بما يكتسبه بعد من الأعمال والفضائل وإليه يشير ما جاء بسند رجاله رجال الصحيح عن طلحة أن نفرا من بني عذرة – ثلاثة – أتوا النبي – صلى الله عليه وسلم – فأسلموا فقال النبي – صلى الله عليه وسلم – من يكفينهم قال طلحة أنا فكانوا عند طلحة فبعث النبي – صلى الله عليه وسلم – بعثا فخرج فيه أحدهم فاستشهد ثم بعث بعثا فخرج فيه آخر فاستشهد ثم مات الثالث على فراشه قال طلحة فرأيت هؤلاء الثلاث الذين كانوا عندي في الجنة فرأيت الميت على فراشه أمامهم ورأيت الذي استشهد أخيرا يليه ورأيت أولهم آخرهم قال فدخلني من ذلك فأتيت النبي – صلى الله عليه وسلم – فذكرت ذلك له فقال: “وما أنكرت من ذلك ليس أحد أفضل عند الله / من مؤمن يعمر في الإسلام لتسبيحه وتكبيره وتهليله”، وجاء في هذا أحاديث أخر ذكرها الأصل.

Ia bukan hadith dan maksudnya juga tidak benar secara mutlak. Jika dimaksudkan adalah orang yang hidup itu sama dengan orang yang mati dari sudut kelebihannya seperti Islam dan ‘ilmu, pastilah orang yang hidup itu lebih utama berbanding yang mati kerana amalan dan kelebihan yang masih boleh diusahakan selepas itu. Ia diisyaratkan sebagaimana hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang para perawinya adalah perawi-perawi sahih daripada Talhah: Sesungguhnya, tiga orang daripada kalangan Bani ‘Uzrah telah datang menemui Nabi SAW kemudian mereka memeluk Islam. Lalu Nabi SAW bertanya: “Siapakah yang akan menanggung mereka?”, Talhah menjawab: “Saya”, lalu mereka pun tinggal bersama Talhah. Nabi SAW pun menghantar suatu utusan (perang kecil), salah seorang mereka tadi turut pergi bersama, lalu dia syahid. Kemudian Baginda menghantar lagi suatu utusan, lalu seorang lain turut keluar bersama lalu syahid. Lelaki yang ketiga pula telah meninggal dunia di atas katilnya. Talhah pun berkata: “Aku telah melihat (dalam mimpi) ketiga-tiga mereka bersamaku dalam syurga. Aku melihat orang yang mati di atas katilnya berada di hadapan mereka, aku melihat orang yang terakhir syahid itu berada selepasnya dan aku melihat orang yang pertama mati syahid itu adalah yang terakhir dalam kalangan mereka”. Aku menjadi terganggu kerana mimpi itu, lalu aku pun mendatangi Nabi SAW lantas aku ceritakan mimpi itu kepada Baginda, lalu Baginda bersabda: “Apa yang tidak dapat kamu terima daripada mimpi itu? Tidak ada seorang pun yang lebih utama di sisi Allah berbanding orang mukmin yang diberikan umur panjang dalam Islam dengan dia bertasbih, bertakbir dan bertahlil”. Turut disebutkan tentang ini dalam hadith-hadith lain.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon