Orang yang duduk di tengah-tengah halaqah itu adalah dilaknat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الجالس وسط الحلقة ملعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang duduk di tengah-tengah halaqah itu adalah dilaknat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حذيفة -رضي الله عنه- رفعه: الجالس وسط الحلقة ملعون.
[القطيعي في ((جزء الألف دينار))، ((الضعيفة)) (638)]

(Lemah)
Daripada Huzaifah – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Orang yang duduk di tengah-tengah halaqah itu adalah dilaknat.”
[Riwayat al-Qati’ie dalam Juz’ al-Alf Dinar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 638]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.