Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang diminta pendapat itu adalah orang yang dipercayai

Teks Bahasa Arab

المُستشارُ مؤتَمَنٌ؛ فإن شاء أشار، وإن شاء سكت؛ فإن أشار فلْيُشِرْ بما لو نزل به فعله.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang diminta pendapat itu adalah orang yang dipercayai. Sekiranya dia mahu, dia beri pendapat, dan sekiranya dia hendak dia boleh diam. Dan apabila dia memberikan pendapat, hendaklah dia memberi pendapat sebagaimana jika perkara itu turun kepadanya dia akan melakukan seperti saranannya.

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 86, hadis no. 429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سمرة بن جندب -رضي الله عنه- مرفوعاً: المستشار مؤتمن؛ فإن شاء أشار، وإن شاء سكت؛ فإن أشار فليشر بما لو نزل به فعله. [القضاعي، الخطابي في ((العزلة))، ((الضعيفة)) (4676)]

(Terlalu Daif) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang diminta pendapat itu adalah orang yang dipercayai. Sekiranya dia mahu, dia beri pendapat, dan sekiranya dia hendak dia boleh diam. Dan apabila dia memberikan pendapat, hendaklah dia memberi pendapat sebagaimana jika perkara itu turun kepadanya dia akan melakukan seperti saranannya. [Riwayat al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb dan al-Khattābi dalam al-‘Uzlah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4676]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.