Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ملعونٌ ملعونٌ من أَغْرَى بينَ بهيمتينِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang dilaknat adalah orang yang melaga-lagakan antara dua ekor binatang ternak.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 825, hadis no. 4238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ملعون ملعون من أغرى بين بهيمتين)). [خط، ((الضعيفة)) (6878)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang dilaknat adalah orang yang melaga-lagakan antara dua ekor binatang ternak. [Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6878]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman