TEKS BAHASA ARAB
حديث: السخي مني وأنا منه وإني لأرفع عن السخي عذاب القبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Orang yang dermawan adalah dari kalanganku dan aku darinya, sesungguhnya aku akan mengangkat azab kubur bagi orang yang dermawan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 81, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو من نسخة العروس وأحاديثها منكرة.
Ini adalah daripada naskhah kitab al-'Arus dan hadith-hadithnya adalah munkar (terlalu dhaif).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.