Orang yang dagang (mengembara) apabila ditimpa sakit lalu dia melihat di kanan dan kirinya

TEKS BAHASA ARAB

الغريب إذا مرض فنظر يمينه وعن شماله، ومن أمامه ومن خلفه، فلم ير أحداً يعرفه؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang dagang (mengembara) apabila ditimpa sakit, lalu dia melihat di kanan dan kirinya, depan dan belakangnya, lalu dia tidak mendapati seorang pun yang dikenalinya maka Allah akan mengampunkan baginya dosanya yang lalu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1738, hadis nombor 8747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الغريب إذا مرض فنظر يمينه وعن شماله، ومن أمامه ومن خلفه، فلم ير أحداً يعرفه؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه.)) [فر، ((الضعيفة)) (3966)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, secara marfu’: ((Orang yang dagang (mengembara) apabila ditimpa sakit, lalu dia melihat di kanan dan kirinya, depan dan belakangnya, lalu dia tidak mendapati seorang pun yang dikenalinya maka Allah akan mengampunkan baginya dosanya yang lalu.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3966].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs