Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغريبُ إذا مَرِضَ فنظر عن يمينِهِ وعن شمالِهِ، ومن أمامِهِ ومن خلفِهِ، فلم يَرَ أحدًا يَعْرِفُهُ ؛ غفر اللهُ له ما تقدم من ذنبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang dagang (mengembara) apabila ditimpa sakit, lalu dia melihat di kanan dan kirinya, depan dan belakangnya, lalu dia tidak mendapati seorang pun yang dikenalinya maka Allah akan mengampunkan baginya dosanya yang lalu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1738, hadis no. 8747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الغريب إذا مرض فنظر يمينه وعن شماله، ومن أمامه ومن خلفه، فلم ير أحداً يعرفه؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه.)) [فر، ((الضعيفة)) (3966)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA, secara marfu': ((Orang yang dagang (mengembara) apabila ditimpa sakit, lalu dia melihat di kanan dan kirinya, depan dan belakangnya, lalu dia tidak mendapati seorang pun yang dikenalinya maka Allah akan mengampunkan baginya dosanya yang lalu.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3966].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman