Orang yang buruk akhlaknya maka dia telah mengazab dirinya sendiri

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌من ساء خلقه عذب نفسه، ومن كثر همه سقم بدنه، ومن لاحى الرجال ذهبت كرامته، وسقطت مروءته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang buruk akhlaknya maka dia telah mengazab dirinya sendiri, sesiapa yang banyak kedukaannya maka dia telah menyakiti tubuhnya sendiri dan sesiapa yang mencaci para tokoh maka hilanglah kemuliaannya dan gugurlah maruahnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1259, hadis nombor 6430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ساء خلقه عذب نفسه، ومن كثر همه سقم بدنه، ومن لاحى الرجال ذهبت كرامته، وسقطت مروءته.
[أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (2806)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang buruk akhlaknya maka dia telah mengazab dirinya sendiri, sesiapa yang banyak kedukaannya maka dia telah menyakiti tubuhnya sendiri dan sesiapa yang mencaci para tokoh maka hilanglah kemuliaannya dan gugurlah maruahnya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2806]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.