Orang yang bijak adalah mereka yang beramal untuk kehidupan selepas mati

TEKS BAHASA ARAB

الكيس من عمل لما بعد الموت، والعاري العاري من الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bijak adalah mereka yang beramal untuk kehidupan selepas mati. Manakala orang yang tidak berpakaian adalah orang yang menanggalkan pakaian agama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis nombor 586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه-، قال: جاءت بي أم سليم إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقالت: يا رسول الله! خادمك أنس، فادع له وهو كيس، وهو عار يا رسول الله! فإن رأيت أن تكسوه رازقتين يستتر بهما! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: الكيس من عمل لما بعد الموت، والعاري العاري من الدين.
[هب، ((الضعيفة)) (5822)]

(Palsu)
Daripada Anas ibn Malik RA telah berkata: Ummu Sulaym RA membawa aku bertemu dengan Nabi SAW lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, ini adalah pembantu kamu Anas, doakanlah untuknya kerana dia seorang yang bijak. Dia juga tidak berpakaian wahai Rasulullah. Sekiranya kamu ingin memakaikan dia dengan dua helai kain supaya dia boleh menutupi badannya.” Maka Rasulullah SAW bersabda:"Orang yang bijak adalah mereka yang beramal untuk kehidupan selepas mati. Manakala orang yang tidak berpakaian adalah orang yang menanggalkan pakaian agama.”
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5822]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs