Orang yang berzina dengan isteri jirannya tidak akan dipandang oleh Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

الزاني بحليلة جاره ؛ لا ينظر الله إليه يوم القيامة، ولا يزكيه، ويقول له : ادخل النار مع الداخلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berzina dengan isteri jirannya tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat dan Allah tidak akan mensucikannya. Tuhan akan berkata kepadanya: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 666, hadis nombor 3436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الزاني ‌بحليلة جارِه؛ لا ينظر الله إليه يوم القيامة، ولا يزكيه، ويقول له: ادخل النار معَ الداخلين)). [فر، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))،((الضعيفة)) (3675)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’: “Orang yang berzina dengan isteri jirannya tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat dan Allah tidak akan mensucikannya. Tuhan akan berkata kepadanya: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang lain.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, al-Kharaiti dalam Masawi al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3675]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs