Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليُدرِكنَّ الدجالَ من أدركني، أو ليكوننَّ قريبًا من مَوْتِي.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang bertemuku akan benar-benar bertemu Dajal atau dia sangat hampir dengan kewafatanku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Busr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1389, hadis no. 7051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن عبد الله بن بسر رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ليدركن الدجال من أدركني، أو ليكونن قريباً من موتي. [طس، ((الضعيفة)) (6800)]
(Sangat munkar) Daripada 'Abdillah bin Busr RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Orang yang bertemuku akan benar-benar bertemu Dajal atau dia sangat hampir dengan kewafatanku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6800]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman