Orang yang bertaubat daripada melakukan dosa ibarat orang yang tidak mempunyai dosa

TEKS BAHASA ARAB

التائب من الذنب كمن لا ذنب له، والمستغفر من الذنب وهو مقيم عليه كالمستهزئ بربه، ومن آذى مسلما كان عليه من الإثم مثل منابت النخل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bertaubat daripada melakukan dosa ibarat orang yang tidak mempunyai dosa. Orang yang memohon pengampunan untuk dosanya tetapi masih terus berada pada dosa tersebut seolah-olah mempermainkan Tuhannya. Orang yang menyakiti orang Islam pula, dosanya ibarat pohon-pohon tamar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis nombor 9872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف) ‏عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «التائب من الذنب كمن لا ذنب له، والمستغفر من الذنب وهو مقيم عليه كالمستهزئ بربه، ومن آذى مسلما كان عليه من الإثم مثل منابت النخل».
[هب، ‏ابن عساكر في «الأمالي»، «الضعيفة» (616)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang bertaubat daripada melakukan dosa ibarat orang yang tidak mempunyai dosa. Orang yang memohon pengampunan untuk dosanya tetapi masih terus berada pada dosa tersebut seolah-olah mempermainkan Tuhannya. Orang yang menyakiti orang Islam pula, dosanya ibarat pohon-pohon tamar.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman dan Ibn ‘Asakir dalam al-Amaliy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 616].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs