Orang yang bertaubat menunggu rahmat Allah

TEKS BAHASA ARAB

النادم ينتظر من الله الرحمة والمعجب ينتظر المقت، واعلموا عباد الله! أن كل عامل سيقدم على عمله، ولا يخرج من الدنيا حتى يرى حسن عمله وسوء عمله، وإنما الأعمال بخواتيمها، والليل والنهار مطيتان، فأحسنوا السير عليهما إلى الآخرة، واحذروا التسويف؛ فإن الموت يأتي بغتة، ولا يغترن أحدكم بحلم الله عز وجل؛ فإن الجنة والنار أقرب إلى أحدكم من شراك نعله. ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره (7) ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره (8).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bertaubat menunggu rahmat Allah, sedangkan orang yang ujub menunggu kemurkaan-Nya. Ketahuilah wahai hamba-hamba Allah! Setiap manusia akan datang dengan amalan mereka dan mereka tidak akan meninggalkan dunia melainkan setelah diperlihatkan amalan baik dan buruk mereka. Sesungguhnya amalan itu dinilai pada penghujungnya. Dan malam serta siang diumpamakan seperti haiwan tunggangan, maka berjalanlah di atas keduanya menuju akhirat dengan sebaiknya. Dan berhati-hatilah dengan sikap berlengah-lengah kerana maut itu datang tiba-tiba. Dan janganlah tertipu dengan sifat lemah-lembut Allah, kerana syurga dan neraka itu lebih dekat dengan diri seseorang berbanding tali kasutnya. Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat:
﴾فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ(٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ(٨)﴿

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2043, hadis nombor 10283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: النادمُ ينتظرُ منِ اللهِ الرحمةَ والمعجبُ ينتظرُ المقتَ، واعلموا عبادَ اللهِ! أنَّ كلَّ عاملٍ سيقدُم على عملهِ، ولا يخرج منَ الدنيا حتى يرى حسنَ عملِهِ وسوءَ عملهِ، وإنما الأعمالُ بخواتيمِها، والليلُ والنهارُ مطيَّتانِ، فأحسنوا السيرَ عليهما إلى الآخرةِ، واحذروا التسويفَ؛ فإنَّ الموتَ يأتي بغتةً، ولا يغترَّنَّ أحدُكم بحلمِ اللهِ عز وجل؛ فإن الجنةَ والنارَ أقربُ إلى أحدِكم من شِراكِ نعلهِ. ثم قرأ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8).
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5257)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang bertaubat menunggu rahmat Allah, sedangkan orang yang ujub menunggu kemurkaan-Nya. Ketahuilah wahai hamba-hamba Allah! Setiap manusia akan datang dengan amalan mereka dan mereka tidak akan meninggalkan dunia melainkan setelah diperlihatkan amalan baik dan buruk mereka. Sesungguhnya amalan itu dinilai pada penghujungnya. Dan malam serta siang diumpamakan seperti haiwan tunggangan, maka berjalanlah di atas keduanya menuju akhirat dengan sebaiknya. Dan berhati-hatilah dengan sikap berlengah-lengah kerana maut itu datang tiba-tiba. Dan janganlah tertipu dengan sifat lemah-lembut Allah, kerana syurga dan neraka itu lebih dekat dengan diri seseorang berbanding tali kasutnya. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat:
﴾فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ(٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ(٨)﴿
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5257]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs