Orang yang bertanya (meminta-minta) mempunyai hak

TEKS BAHASA ARAB

 وَلِلسَّائِلِ حَقٌّ وَإِنْ جَاءَ عَلَى فَرَسٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bertanya (meminta-minta) mempunyai hak sekalipun dia datang (dengan duduk) di atas kuda.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara hadis-hadis yang batil ialah:
مَنْ بَشَّرْنِي بِخُرُوجِ نَيْسَانَ ضَمِنْتُ لَهُ عَلَى اللهِ الْجَنَّةَ
Sesiapa yang menggembirakan aku dengan keluar naisan (bulan keempat dalam kalendar rom) nescaya aku akan menjamin baginya bahawa Allah akan memberikannya syurga.
Hadis:
مَنْ آذَى ذِمِيًّا فَقَدْ آذَانِي
Sesiapa yang menyakiti orang Zimmi, sesungguhnya dia telah menyakitiku.
Hadis:
يَوْمُ صَوْمِكُمْ يَوْمُ نَحَرِكُمْ يَوْمُ رَأْسِ سَنَتِكُم
Hari puasa kamu adalah hari korban kamu, ia adalah hari utama dalam tahun kamu.
Hadis:
وَلِلسَّائِلِ حَقٌّ وَإِنْ جَاءَ عَلَى فَرَسٍ
Orang yang bertanya (meminta-minta) mempunyai hak sekalipun dia datang (dengan duduk) di atas kuda.
Imam Ahmad berkata: Empat hadis yang berlegar di dalam pasar, sedangkan tiada asalnya daripada Rasulullah SAW. Lalu beliau menyebutkan empat hadis ini.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon