Orang yang bertalam dua muka akan datang pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ذو الوجهينِ في الدنيا يأتي يوم القيامة وله وجهانِ من نار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bertalam dua muka akan datang pada hari kiamat dengan dua wajah daripada api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159 hadis nombor 795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ذو الوجهينِ في الدنيا يأتي يوم القيامة وله وجهانِ من نار.
[طس، ((الضعيفة)) (6670)]

(Palsu)
Daripada Sa’d bin Abu Waqqas RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Orang yang bertalam dua muka akan datang pada hari kiamat dengan dua wajah daripada api neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6670]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs