Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذو الوجهينِ في الدنيا يأتي يومَ القيامةِ وله وجهانِ من نارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang bertalam dua muka akan datang pada hari kiamat dengan dua wajah daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Sa’d bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159, hadis no. 795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سعد بن أبي وقاص - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ذُو الوجهينِ في الدنيا يأتي يوم القيامةِ وله وجهانِ من نار)). [طس، ((الضعيفة)) (6670)]
(Palsu) Daripada Sa’d bin Abi Waqqas RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Orang yang bertalam dua muka akan datang pada hari kiamat dengan dua wajah daripada api neraka”. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6670]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman