Orang yang bersaksi dengan persaksian yang palsu

TEKS BAHASA ARAB

شاهد الزور لا تزول قدماه حتى تجب له النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bersaksi dengan persaksian yang palsu, kedua-dua kakinya tidak akan pergi sehingga diwajibkan baginya (masuk ke dalam) neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis nombor 4277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((شاهد الزور لا تزول قدماه حتى تجب له النار)).
[ع، الحارث، عق، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2510)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang bersaksi dengan persaksian yang palsu, kedua-dua kakinya tidak akan pergi sehingga diwajibkan baginya (masuk ke dalam) neraka.
[Riwayat Abū Ya’lā dalam Musnadnya, al-Hārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2510]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs