Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شاهدُ الزُّورِ لا تَزولُ قدماهُ حتَّى تَجبَ لهُ النَّارُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang bersaksi dengan persaksian yang palsu, kedua-dua kakinya tidak akan pergi sehingga diwajibkan baginya (masuk ke dalam) neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis no. 4277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((شاهد الزور لا تزول قدماه حتى تجب له النار)). [ع، الحارث، عق، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2510)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang bersaksi dengan persaksian yang palsu, kedua-dua kakinya tidak akan pergi sehingga diwajibkan baginya (masuk ke dalam) neraka. [Riwayat Abū Ya’lā dalam Musnadnya, al-Hārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2510]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman