Orang yang bersaksi dengan kesaksian yang palsu akan bersama dengan pemungut cukai dalam neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شاهد الزور ‌مع ‌العشار في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bersaksi dengan kesaksian yang palsu akan bersama dengan pemungut cukai dalam neraka.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis nombor 3167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن المغيرة بن شعبة – رضي الله عنه -، قال: ((شاهد الزور ‌مع ‌العشار في النار)). [فر، ((الضعيفة)) (3741)].

(Batil)
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA beliau berkata: ((Orang yang bersaksi dengan kesaksian yang palsu akan bersama dengan pemungut cukai dalam neraka.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3741].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.