Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شاهدُ الزورِ مع العَشَّارِ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang bersaksi dengan kesaksian yang palsu akan bersama dengan pemungut cukai dalam neraka.
Sahabat Perawi
- al-Mughirah bin Syu’bah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis no. 3167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن المغيرة بن شعبة - رضي الله عنه -، قال: ((شاهد الزور مع العشار في النار)). [فر، ((الضعيفة)) (3741)].
(Batil) Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA beliau berkata: ((Orang yang bersaksi dengan kesaksian yang palsu akan bersama dengan pemungut cukai dalam neraka.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3741].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman