Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَائِمُ بعد رمضانَ كالكارِّ بعد الفارِّ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang berpuasa selepas bulan Ramadan itu seperti orang yang kembali lagi untuk berperang setelah lari daripada medan perang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis no. 5760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الصائم بعد رمضان كالكار بعد الفار. [فر،الضعيفة (3789)]
(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang berpuasa selepas bulan Ramadan itu seperti orang yang kembali lagi untuk berperang setelah lari daripada medan perang. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3789]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman