Orang yang berpuasa itu sentiasa dalam ibadah

TEKS BAHASA ARAB

‌الصائم في عبادة من حين يصبح إلى أن يمسي إذا قام قام وإذا صلى صلى وإذا نام نام وإذا أحدث أحدث: ما لم يغتب فإذا اغتاب خرق صومه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berpuasa itu sentiasa dalam ibadah bermula dari waktu pagi sehinggalah ke waktu petang, apabila dia berdiri (melakukan aktiviti) dia akan berdiri, apabila dia solat dia akan solat, apabila dia tidur, dia akan tidur, dan apabila dia berkata-kata, dia akan berkata-kata selagi mana dia tidak mengumpat dan jika dia mengumpat, maka dia telah mengoyakkan (lembaran pahala) puasanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis nombor 5761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌موضوع) عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الصائم في عبادة من حين يصبح إلى أن يمسي إذا قام قام وإذا صلى صلى وإذا نام نام وإذا أحدث أحدث: ما لم يغتب فإذا اغتاب خرق صومه. [فر، الضعيفة (3790)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang berpuasa itu sentiasa dalam ibadah bermula dari waktu pagi sehinggalah ke waktu petang, apabila dia berdiri (melakukan aktiviti) dia akan berdiri, apabila dia solat dia akan solat, apabila dia tidur, dia akan tidur, dan apabila dia berkata-kata, dia akan berkata-kata selagi mana dia tidak mengumpat dan jika dia mengumpat, maka dia telah mengoyakkan (lembaran pahala) puasanya. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.3790]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs