Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّائِمُ فِي عِبَادَةٍ وَإِنْ كَانَ رَاقِدًا عَلَى فِرَاشِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang berpuasa itu sentiasa berada dalam ibadat meskipun dia sedang tidur di atas katilnya.
Sahabat Perawi
- Salman bin Amir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمان بن عامر الضبي رضي الله عنه مرفوعا: «الصائم في عبادة وإن كان راقدا على فراشه». [تمام، الضعيفة، (953)]
(Lemah) Daripada Salman bin ‘Amir al-Dhabbi RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): "Orang yang berpuasa itu sentiasa berada dalam ibadat meskipun dia sedang tidur di atas katilnya." [Diriwayatkan oleh Tamam dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 653].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman