Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصائمُ في عبادةٍ، ما لم يَغْتَبْ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang berpuasa itu dalam keadaan beribadah selagi mana dia tidak mengumpat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1135, hadis no. 5726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، مرفوعا: «الصائم في عبادة، ما لم يغتب». [عد، ((الضعيفة)) (1829)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Orang yang berpuasa itu dalam keadaan beribadah selagi mana dia tidak mengumpat." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1829]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman